Amalan Yang Lebih Mulia Daripada 2 Kali Haji Dan 2 Kali Umrah

alFudhail bin 'Iyadh RH pernah melihat salah seorang anaknya sedang menyapu piring penimbang (barang jualannya) dengan hujung bajunya. Tanya Fudhail bin 'Iyadh:
 
"Mengapa kamu lakukan sedemikian?"
 
Jawab anaknya: "Agar aku tidak menimbang untuk orang Islam barangan bersama debu jalanan."
 
Menangis alFudhail dan berkata: "Sesungguhnya amalanmu ini wahai anakku di sisiku lebih utama berbanding melaksanakan 2 kali haji dan 20 kali umrah."
 
(Ummah al'Uzhamaa' 336)
 
 
Wallahu a'lam

Ucapan Selamat Tinggal

Biasakan menyebut:
أَسْتَوْدِعُكَ الله
Maksudnya: "Aku tinggalkan kamu kepada Allah." 
 
Bacaan ini dibaca atau diucapkan untuk setiap orang yang kita sayangi atau dibimbangi keselamatannya. Ini kerana Nabi kita yang mulia SAW telah bersabda:
 
إذا استُودِع الله شيئا حفظه
 
Maksudnya: "Apabila ditinggalkan sesuatu kepada Allah, Dia akan memeliharanya." Riwayat alBaihaqi, dinilai Sahih oleh Ibn Hibban, Ibn Hajar dan alAlbani.
 
 
Wallahu a'lam

Penyakit Yang Perlu DIjauhi Oleh Para Penyeru Dan Pengamal Kebaikan

Kata Imam alZahabi RH:
 
"Berapa ramai lelaki yang menuturkan kebenaran, menyuruh melakukan kebaikan, lalu Allah jadikan dia dikuasai oleh orang yang menyakitinya disebabkan buruk niatnya dan cintanya ia kepada kepimpinan dalam agama. Ini merupakan penyakit tersembunyi yang bergerak di dalam jiwa para fuqahaa', sepertimana ia juga penyakit yang bergerak di dalam jiwa mereka yang banyak berinfaq dari kalangan orang-orang kaya, pewakaf-pewakaf, penyumbang-penyumbang tanah perkuburan yang hebat-hebat. Ia juga merupakan penyakit tersembunyi yang bergerak di dalam jiwa tentera, para pemimpin dan para mujahidin." (Siyar A'lam alNubalaa' 18/193)
 
 
Wallahu a'lam