Perumpamaan Kepada manusia

Friday, October 8, 2010

عنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيَّ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: "إِنِّي رَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ كَأَنَّ جِبْرِيلَ عِنْدَ رَأْسِي وَمِيكَائِيلَ عِنْدَ رِجْلَيَّ يَقُولُ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ: اضْرِبْ لَهُ مَثَلًا، فَقَالَ: اسْمَعْ سَمِعَتْ أُذُنُكَ وَاعْقِلْ عَقَلَ قَلْبُكَ إِنَّمَا مَثَلُكَ وَمَثَلُ أُمَّتِكَ كَمَثَلِ مَلِكٍ اتَّخَذَ دَارًا ثُمَّ بَنَى فِيهَا بَيْتًا ثُمَّ جَعَلَ فِيهَا مَائِدَةً ثُمَّ بَعَثَ رَسُولًا يَدْعُو النَّاسَ إِلَى طَعَامِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَجَابَ الرَّسُولَ وَمِنْهُمْ مَنْ تَرَكَهُ فَاللَّهُ هُوَ الْمَلِكُ وَالدَّارُ الْإِسْلَامُ وَالْبَيْتُ الْجَنَّةُ وَأَنْتَ يَا مُحَمَّدُ رَسُولٌ فَمَنْ أَجَابَكَ دَخَلَ الْإِسْلَامَ وَمَنْ دَخَلَ الْإِسْلَامَ دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ دَخَلَ الْجَنَّةَ أَكَلَ مَا فِيهَا". أخرجه البخاري معلَّقا (6/115) ، وابن سعد (1/172) ، والحاكم (2/369 ، رقم 3299) وقال : صحيح الإسناد . وأخرجه أيضًا : الترمذي (5/145 ، رقم 2860) ، وقال : هذا حديث مرسل. والبيهقي فى الدلائل (1/370). وصححه الألباني (صحيح الجامع ، رقم 2465).

Maksudnya: “Daripada Jabir bin ‘Abdillah al-Ansori r.a. katanya: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami dan bersabda: “Saya melihat di dalam mimpi, Jibril berada di bahagian kepala, manakala Mikail berada di bahagian kedua kaki saya, salah satu malaikat berkata kepada kawannya: “Berikan contoh kepadanya (Nabi s.a.w.). lalu salah satu malaikat berkata: “Dengarlah sebaiknya dengan kedua telingamu dan perhatikan sebaiknya dengan mata hatimu, sesungguhnya perumpamaanmu dengan umatmu, seperti seorang raja yang mengambil satu kawasan, kemudian dia membina rumah di kawasan itu, seterusnya dia menyediakan makanan dan mengutus seorang utusan untuk memanggil orang ramai untuk menjamah makanan tersebut. Di kalangan orang ramai itu ada yang memenuhi jemputan utusan tersebu, ada pula yang tidak memenuhi jemputan. Maka (sebagai perumpamaan) Allah itu adalah raja tersebut, adapun kawasan itu adalah agama Islam, manakala rumah itu adalah syurga, dan Nabi Muhammad adalah utusan tersebut. Sesiapa yang memenuhi seruanmu (Muhammad) dia akan memeluk Islam, dan sesiapa yang memeluk Islam dia akan memasuki syurga, sesiapa yang memasuki syurga dia akan menjamah makanan yang ada di dalamnya.” (HR al-Bukhari secara ta’liq, Ibn Sa’ad, al-Hakim, dan beliau berkata: "Sahih al-Isnad." Diriwayatkan juga oleh al-Tirmizi, dan beliau berkata: "Hadith ini Mursal." Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi di dalam al-Dala-il, disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami’)

Wallahu a'lam

Lambaian Ramadan

Saturday, July 30, 2011

Kedatangan Ramadan merupakan rahmat daripada Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya. Ia merupakan bulan kebaikan, bulan dibanyakkan pahala dan dilipat-gandakan kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Tujuannya agar sekelian hamba bersegera bergegas merebut dan berusaha mendapatkannya. Nabi SAW bersabda:

إذا دخل رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب جهنم، وسلسلت الشياطين

Mafhumnya: “Apabila masuknya Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga, dan ditutup pintu-pintu Neraka, dan dirantainya para Syaitan.” (al-Bukhari dan Muslim) Di dalam hadis yang lain baginda bersabda:

إذا كان أول ليلة من رمضان، صفدت الشياطين ومردة الجن، وغلقت أبواب النيران فلم يفتح منها باب، وينادي منادٍ: يا باغي الخير أقبل، ويا باغي الشر أقصر.. ولله عتقاء من النار وذلك كل ليلة

Mafhumnya: “Apabila malam pertama bulan Ramadan, dirantai para Syaitan dan ketua Jin (Syaitan), ditutup pintu-pintu Neraka, dan tidak dibuka walau satu pintu, diseru pada ketika itu dengan satu seruan: Wahai pencari kebaikan bergembiralah, wahai pencari kejahatan berhentilah, dan bagi Allah ada beberapa orang yang dibebaskan dari Neraka, perkara itu berlaku pada setiap malam (dalam bulan Ramadan).” (Hadis riwayat al-Tirmizi, dinilai Hasan oleh al-Albani)

Oleh yang demikian, apabila tibanya bulan Ramadan Nabi SAW akan memberikan khabar gembira kepada para sahabat baginda dan memberi rangsangan kepada mereka untuk bersungguh-sungguh melakukan amalan soleh. Al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA yang berkata: Nabi SAW bersabda:

قد جاءكم شهر رمضان, شهر مبارك, افترض الله عليكم صيامه, يفتح فيه أبواب الجنة, ويغلق فيه أبواب الجحيم, وتغل فيه الشياطين, فيه ليلة خير من ألف شهر, من حُرِمَ خيرها فقد حُرِمْ

Mafhumnya: “Telah datang kepada kamu semua bulan Ramadan, satu bulan yang diberkati, Allah menfardhukan ke atas kamu semua puasa di dalamnya, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka, dirantai para syaitan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang dihalang kebaikannya, maka sesungguhnya dia benar-benar dihalang dari kebaikan.” (Hadis Sahih)

Justeru kedatangan Ramadan sepatutnya disambut dengan memperbanyakkan taubat dari kesalahan dan dosa yang dilakukan. Ramadan merupakan bulan untuk memperbanyakkan taubat, jika tidak… bilakah lagi kita akan bertaubat?

Demikian juga bulan Ramadan sepatutnya dipenuhi dengan keazaman untuk meningkatkan kesungguhan beribadah, memperbanyakkan amalan seperti berbuat baik sesama manusia, membanyakkan membaca al-Quran, solat sunat, zikir dan beristighfar kepada Allah SWT. Ramadan juga sepatutnya disambut dengan memperbanyakkan doa kepada Allah supaya ibadah puasa yang dilaksanakan bertepatan seperti yang dikehendaki olehNya.

Bersegeralah kita menyambut Ramadan tahun ini dengan berazam untuk memperolehi kebaikan yang dijanjikan di dalamnya, menyibukkan usaha pada malam dan siang hari untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jauhilah dari tabiat hanya memikirkan untuk mempelbagaikan jenis makanan dan minuman, membuang masa dan mengabaikan solat. Sesungguhnya setiap Ramadan yang datang dan pergi akan meninggalkan dua kumpulan manusia. Pertama yang beruntung kerana merebut kebaikan yang ada di dalamnya dan Kedua yang terus dalam kerugian yang tidak menghiraukan kedatangannya. Supaya kita termasuk di kalangan kumpulan yang memperoleh keuntungan dengan kehadiran Ramadan. Amin.

Wallahu a'lam

Larangan Meminta Balasan Di Dunia

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَادَ رَجُلًا مِنْ الْمُسْلِمِينَ قَدْ خَفَتَ فَصَارَ مِثْلَ الْفَرْخِ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ كُنْتَ تَدْعُو بِشَيْءٍ أَوْ تَسْأَلُهُ إِيَّاهُ قَالَ نَعَمْ كُنْتُ أَقُولُ اللَّهُمَّ مَا كُنْتَ مُعَاقِبِي بِهِ فِي الْآخِرَةِ فَعَجِّلْهُ لِي فِي الدُّنْيَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُبْحَانَ اللَّهِ لَا تُطِيقُهُ أَوْ لَا تَسْتَطِيعُهُ أَفَلَا قُلْتَ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ قَالَ فَدَعَا اللَّهَ لَهُ فَشَفَاهُ

Maksudnya: “Anas bin Malik R.A. berkata: “Rasulullah S.A.W. suatu ketika pergi menziarahi seorang lelaki di kalangan muslimin yang ditimpa penyakit yang teruk, sehingga dia menjadi seperti seekor anak burung yang baru menetas (lemah dan tidak berdaya). Lalu Rasulullah S.A.W. bertanya kepadanya: “Adakah kamu telah berdoa atau meminta sesuatu daripada Allah?” Jawab orang itu: “Ya, aku pernah memohon: “Ya Allah, apa-apa dosaku yang akan dibalas diakhirat, segerakanlah balasannya ke atasku di dunia.” Rasulullah terkejut sambil berkata: “Maha suci Allah, kamu tidak akan ada upaya atau kamu tidak akan mampu (menanggungnya), mengapa kamu tidak memohon dengan berkata: “Ya Allah, kurniakanlah kebaikan kepada kami di didunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka. Kata Anas: “Lalu Baginda berdoa kepada Allah, maka Allah menyembuhkan orang tersebut.” (H.R. Muslim)

Pengajaran hadith:

1. Allah s.w.t. maha pemaaf dan pengampun dosa-dosa hambanya, selagi mereka bersungguh bertaubat kepadaNya.

2. Jangan meminta disegerakan balasan keburukan didunia untuk terlepas di akhirat. Sebaliknya pohonlah dengan doa yg Nabi s.a.w. ajarkan di dalam hadith di atas.

3. Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik contoh untuk diikuti. Tidak ada satu kebaikan melainkan baginda telah ajarkan kepada umatnya, demikian juga tidak ada satu keburukan melainkan baginda telah peringatkan kepada ummat baginda.

Wallahu a'lam