Bersabarlah, jalan keluar dari musibah pasti akan datang

Allah SWT berfirman:

فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا

Maksudnya: "...dan kami utuskan kepada mereka angin dan tentera yang tidak kelihatan oleh mereka..." (alAzhab: 9)

Bukan semestinya jalan keluar kepada sesuatu musibah itu mesti kelihatan. Jalan keluar dari musibah itu sedang bergerak menuju kita... sedang kita tidak menyendarinya.

Terus berdoa, serulah:

"Wahai tuhan, wahai tuhan.... ya rabb, ya rabb..."

Wallahu a'lam

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa...

Firman Allah SWT:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ، وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Maksudnya: "Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan." {alRahman:26-27}

Oleh itu... jangan bersedih dan berputus asa... hebat dan berat manapun kesedihanmu... Penghujungnya, kesedihan itu akan hilang dan pergi. Yang kekal adalah pahala di atas kesabaran dan mengharapkan balasan baik dari Allah.

Wallahu a'lam

Bermasam muka kepada orang yang buta sahaja ditegur oleh Allah

Firman Allah SWT:

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ، أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ

Maksudnya: "Dia (Muhammad) bermasam muka dan berpaling, ketika dia didatangi seorang buta." {'Abasa: 1-2}

Ayat alQuran ini merupakan tegurun kepada Nabi SAW kerana bermasam muka kepada seorang yang buta. Maka bagaimana bermasam muka kepada seorang yang celik???

Wallahu a'lam