'Jin'pun Mengaku Syi'ah Rafidhah Yang Paling Jahat

Imam Ibn Kathir menyebut di dalam Tafsirnya satu riwayat daripada alA'masyh yang berkata:
 
تروح إلينا جني، فقلت له: ما أحب الطعام إليكم؟ فقال الأرز. قال: فأتيناهم به، فجعلت أرى اللقم ترفع ولا أرى أحدا، فقلت: فيكم من هذه الأهواء التي فينا؟ قال: نعم. قلت: فما الرافضة فيكم؟ قال شرنا. عرضت هذا الإسناد على شيخنا الحافظ أبي الحجاج المزي فقال: هذا إسناد صحيح إلى الأعمش
 
Maksudnya: "Satu Jin mendatangi kami, lalu aku bertanya: "Apakah makanan yang kamu semua (jin) paling suka?" Jin itu menjawab: "Beras." Kata alA'masyh: "Lalu kami bawakan kepadanya beras. Aku melihat satu suapan diangkat, namun tidak kelihatan seseorangpun (yang mengangkatnya). Lalu aku bertanya: "dalam kalangan kamu semua ada yang dari udara yang ada pada kami ini?" Jin itu menjawab: "Ya." Aku bertanya lagi: "Apakah Rafidhah pada kamu semua (Jin)?" Jawab jin itu: "yang paling jahat (dalam kalangan kami)." 
 
Kata Imam Ibn Kathir: "Aku nyatakan sanad riwayat ini kepada syeikh kami alHafidz Abi alHajjaj alMizzi. Lalu dia berkata: "Isnad ini Sahih sampai kepada alA'masyh." (Tafsir alQuran al'Azim 8/243. Dar Tayyibah)
Wallahu a'lam

Ucapan Ketika Melihat Hasil Tanaman

Mutiara Dr Solah Abdul Fattah alKhalidi

 
Firman Allah SWT: 
 
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا 
 
Maksudnya: "Dan kalaulah ketika kamu masuk ke dalam ladangmu, kamu berkata Ma Sya-a Allah, La Quwwata Illa Billah (Apa yg dikehendaki oleh Allah, Tiada kekuatan melainkan dengan Allah, ketika kamu melihat aku lebih kurang harta dan anak berbanding kamu." (alKahf: 39)
 
Ayat ini menceritakan nasihat yang diberi oleh seorang lelaki yang beriman kepada seorang kawannya yang kafir yang berasa kagum dengan dua ladang subur yang dimilikinya. 
 
Bagi menjamin ladang itu kekal terpelihara. Lelaki yang beriman itu menasihati kawannya agar menyebut: 
 
مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
 
Inilah ungkapan yang mesti diucapkan oleh setiap individu apabila Allah mengurniakan kepadanya kebaikan, nikmat dan kelebihan. Jika seseorang itu benar-benar mengucapkan kalimah ini dalam keadaan bertawakkal kepada Allah, mengucapkannya dari jantung hati yang sedar dan faham kandungannya, bukan ucapan lidah semata-mata, pasti Allah memelihara kebaikan dan kelebihan tersebut untuknya.
Wallahu a'lam

Takutkan kemiskinan

Kata Sufyan alThauri:

"Tiada senjata yang lebih dahsyat bagi syaitan untuk merosakkan manusia selain takutkan kemiskinan. Apabila ia bertempat di dalam jantung hati manusia, maka dia akan menghalang kebenaran, bercakap berdasarkan hawa nafsu, dan akan bersangka buruk terhadap tuhannya."

Wallahu a'lam