"Kamu pernah terfikir akan masuk ke dalam syurga?"

Pernah ditanya kepada seorang arab kampung di Basrah: "Kamu pernah terfikir akan masuk ke dalam syurga?"

Jawab Arab kampung tersebut: "Demi Allah aku tidak pernah ragu sama-sekali, yang aku akan masuk ke dalam syurga, bersiar-siar di tamannya, meminum air dari telaga yang ada di dalamnya, berteduh di bawah naungan pohon di dalamnya, memakan buah-buahan di dalamnya dan aku akan memiliki istana-istana dan mengecapi segala nikmat dan keseronokan di dalamnya."

Ditanya lagi kepadanya: "amalan soleh apa yang telah kamu lakukan? perkerjaan baik apa pula yang telah kamu sumbangkan?"

Jawab beliau: "Apakah ada amalan soleh dan pekerjaan baik yang lebih mulia dari KEIMANANKU kepada ALLAH YANG MAHA TINGGI? dan keengkaran aku akan adanya sembahan selainNYA?"

Ditanya lagi kepadanya: "kamu tak bimbangkan dosa-dosa yang kamu lakukan?"

Jawab beliau: "Allah Yang Maha Mulia, Dia juga Tuhan Yang Maha Pengampun, Dia mahu mengampunkan segala dosa. Dia juga Yang Maha Penyayang, Dia kasihankan mereka yang melakukan kesalahan. Keampunan itu untuk mereka yang berdosa manakala Kemaafan itu untuk mereka yang bersalah. Dia lebih mulia dari mengazab makhluk yang dikasihiNya ke dalam neraka."

Orang ramai yang berada di masjid Basrah berkata:

"Sesungguhnya lelaki ini benar-benar telah berbaik sangka dengan Tuhannya."

Orang ramai apabila bercakap tentang perbualan dengan Arab kampung ini, menjadikan terungkai segala bebanan hidup mereka, sehingga perasaan harapan mereka kepada Allah bertambah kuat.

---Ya ALLAH, sesungguhnya kami benar-benar mencintaiMU---

Wallahu a'lam

Asah ketajaman doamu di penghujung malam

Doa adalah senjata orang yang beriman, diasah di penghujung malam, untuk dilihat kesan ketajamannya di siang hari.

Wallahu a'lam

Melakukan maksiat itu, satu hukuman dari Allah SWT

Melakukan maksiat selepas maksiat adalah satu bentuk hukuman dan balasan dari Allah kepada ahli maksiat. Oleh itu jangan merasakan ahli maksiat dibiar begitu sahaja dengan badan yang sihat dan harta yang selamat.

Inilah dia hukuman dan balasan maknawi dari Allah SWT. Mungkin sahaja seorang ahli maksiat berkata dengan angkuh: "berapa banyak maksiat yang dah aku lakukan. Tak adapun balasan buruk yang aku terima."

Dijawab kepadanya: "Kamu sedang dan terus dihukum, tetapi kamu tidak menyedarinya. Bukankah Allah telah haramkan kepadamu dari merasai kelazatan bermunajat kepadanya? Itulah hukuman dan balasan segera untukmu."

 
 
 
Wallahu a'lam