Termasuk dari sebesar-besar mudharat ke atas seseorg hamba adalah tiada kerja dan duduk bersahaja

Termasuk dari sebesar-besar mudharat ke atas seseorg hamba adalah tiada kerja dan duduk bersahaja. Ini kerana setiap jiwa tidak boleh duduk bersahaja, bahkan jika jiwa tidak disibukkan dengan apa-apa yang mendatangkan manfaat kepadanya, sudah pasti dia akan disibukkan dengan apa-apa yang mendatangkan mudharat.

Wallahu a'lam

Pesanan Berbuat Baik Kepada Anak Perempuan

Kata Ibn Muflih RH:

"Hendaklah bersabar (menjaga) anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka. Tidak melebihkan anak lelaki berbanding anak perempuan tanpa sebab yang diizinkan syara'. Berkaitan hal ini terdapat hadis yang banyak di dalam kitab sahih dan selainnya."

alAdab alSyar'iyyah 1/480

Wallahu a'lam

Berbual tentang ilmu

Kata Abu Daud RH:

"Aku telah bertemu dengan 200 orang ulama. Tidak pernah aku lihat seorangpun seumpama Ahmad bin Hambal. Beliau tidak akan turut berbual dalam perkara yang orang ramai bualkan. Namun apabila dibualkan perkara ilmu. Beliau akan mula berbicara."

Manaqib alImam Ahmad oleh Ibn alJauzi 1/184

 
 
 
Wallahu a'lam