"Jika kamu benar, mudah-mudahan Allah memberikan keampunan kepadaku. Jika kamu dusta, mudah-mudahan Allah berikan keampunan kepadamu"

Seorang lelaki mencela al-Imam alSya'bi RH. Kata alSya'bi kepadanya:
 
إن كنتَ صادقًا فغَفر الله لي وإن كنتَ كاذبًا فغفر الله لك
 
Maksudnya: "Jika kamu benar, mudah-mudahan Allah memberikan keampunan kepadaku. Jika kamu dusta, mudah-mudahan Allah berikan keampunan kepadamu" (al'Aqd alFarid 2/276)
 
 
Wallahu a'lam

Kerap Melihat Kemungkaran Seperti Sama Melakukan Kemungkaran

"Dan ketahuilah bahawasanya, kadang-kala banyak melihat kemungkaran boleh berada sama seperti melakukan kemungkaran pada menghilangkan dari hati cahaya pembeza dan (kekuatan) mengingkari (kemungkaran). Ini kerana kemungkaran-kemungkaran itu apabila banyak hadirnya di dalam hati dan berulangan, sedikit demi sedikit hilanglah dari  dalam hati neraca melihatnya sebagai kesalahan besar, sehingga seseorang itu akan merasakan kemungkaran itu bukan kemungkaran. Tidak terlintas juga dalam pemikirannya perkara yang dilihatnya itu sebagai maksiat, disebabkan berlaku pengulangan sehingga hatinya terbiasa dengan maksiat tersebut."

Irsyad alSari li Syarh Sahih alBukhari 15/54 oleh Syihabuddin Abu al'Abbas, Ahmad bin Muhammad alQastallani alSyafi'ie, W923H.

Wallahu a'lam

Cinta & Sayang Apabila Berlebihan Membinasakan

Anak ini... kerana terlalu sayangkan ikan yang baru dibeli ibunya, dikeluarkan ikan dari akuariumnya, agar tidur bersamanya. Dia tidak jangka sayangnya itu membunuh...

Wallahu a'lam