Seorang Yang Ujub Amalannya Tidak Diterima Allah

Kata al-Imam Ibn al-Qayyim: "apabila Allah telah membuka kepada mu Pintu untuk berqiyamullail. Jangan kamu memandang mereka yang terus tidur itu dengan pandangan hina. Apabila Allah telah mmbuka kepadamu pintu berpuasa, maka jangan kamu memandang orang yang tidak berpuasa (puasa sunat) itu dengan pandangan hina. Apabila Allah telah membuka kepadamu pintu jihad, maka jangan kamu memandang orang yang tidak berjihad itu dengan pandangan hina. Barangkali sahaja, mereka yang tidur, tidak berpuasa (sunat) dan tidak pergi berjihad itu lebih hampir kepada Allah berbanding kamu."

Kata Ibn alQayyim lagi: "jika kamu tidur sepanjang malam, namun bangun dalam keadaan menyesal, lebih baik dari kamu bangun malam berqiyamullail, namun pada pagi hari kamu dalam keadaan ujub dengan diri sendiri. Kerana seorang yang ujub amalannya tidak akan terangkat." (Madarij alSalikin 1/177)

Wallahu a'lam

Sembunyikan Kelebihan Bagi Mengelak Kedengkian

Allah berfirman: "(Dan nabi Ya'qub) berkata: "wahai anakku (Yusuf). Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, nanti mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakanmu)..." (Surah Yusuf: 5)

al-Quran mengajar kita supaya memadamkan api kedengkian atau hasad orang lain terhadap kita dengan menyembunyikan beberapa kelebihan yang ada dari pengetahuan mereka. Ini kerana, terdapat jiwa manusia yang amat lemah, sehinggakan mimpi sahaja dapat menyemarakkan api kedengkian dan hasad.

Wallahu a'lam

Sedih Itu Menggembirakan syaitan

SEDIH itu melemahkan jiwa, memberi mudharat kepada cita-cita. Tiada yang lebih disukai syaitan berbanding keadaan ini menimpa seseorang mukmin.

Justeru.... bergembiralah, terimalah khabar gembira, berharap dan berbaik sangkalah kepada ALLAH SWT

Wallahu a'lam