Semaikan Tanaman Untuk Kita Di Dalam Syurga

Daripada Jabir RA, Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menyebut:

سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Mahasuci Allah yang Maha Agung dan dengan segala pujian untukNYA.

Akan ditanam untuknya sepohon kurma di dalam Syurga." (HR alTirmizi (3464). Katanya: "Hadis ini Hasan Sahih Gharib." Kata alMunziri: "Isnadnya Jayyid." Dinilai Hasan oleh alHafidz Ibn Hajar di dalam Nata'ij alAfkar (1/104). Dinilai Sahih oleh alAlbani dl dalam alSahihah, hadis no 64)

Wallahu a'lam

Menisbahkan perkataan-perkataan yang berfaedah kepada pengucapnya

Kata Imam alNawawi:

يقول الإمام النووي في كتابه بستان العارفين (صـ 29) :
((ومن النصيحة : أن تضاف الفائدة التي تُستغرب إلى قائلها ، فمن فعل ذلك : بورك له في علمه وحاله . ومن أوهم ذلك ، وأوهم فيما يأخذه من كلام غيره أنه له : فهو جدير أن لا ينتفع بعلمه ، ولا يبارك له في حال .
ولم يزل أهل العلم والفضل على إضافة الفوائد إلى قائلها ، نسأل الله تعالى التوفيق لذلك دائما)) .
منقول

Maksudnya: "Dan termasuk di dlm alNasihah: iaitulah menyandarkan sesuatu perkataan berfaedah yg menarik kepada pengucapnya. Siapa yg melakukan demikian ini, diberkati ilmu dan keadaannya. Sesiapa yg mewujudkan keraguan dlm perkara ini dan dalam apa-apa yang diambilnya dr perkataan orang lain bahawa perkataan itu seperti perkataannya. Maka org ini berhak utk tidak diambil manfaat dr ilmunya, dan tidak diberkati utknya ketika itu. Ahli Ilmu dan org yg mulia sentiasa menisbahkan perkataan2 yg berfaedah kepada pengucapnya. Kita sentiasa memohon taufiq dlm hal ini kpd Allah." (Imam alNawawi di dlm Bustan al'Arifin, halaman: 29. Melalui FB Syeikh إحسان العتيبي.)

Wallahu a'lam

Niat Itu Suatu yang Tersembunyi

Niat itu suatu yang tersembunyi, akan tetapi ia lebih dahsyat dapat memberi kesan berbanding amalan zahir. Niat yang benar sekalipun tanpa amalan zahir dapat memberi manfaat kepada pelakunya. Manakala sesuatu amalan soleh yang zahir tanpa niat yang benar akan memberi mudharat kepada pelakunya. - alTorifi

Wallahu a'lam