Ingat Akhirat

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:

العبد لو اجتهد مهما اجتهد لا يستطيع أن يقوم لله بالحق الذي أوجبه عليه .. فما يسعه إلاَّ الاستغفار والتوبة عَقِيب كل طاعة

Maksudnya: “Seseorg hamba sekalipun dia bersungguh-sungguh, dia tidak akan mampu untuk memberikan hak kepada Allah yang diwajibkn ke atasnya, yang ada padanya hanyalah beristighfar dan bertaubat kepada Allah selepas setiap kali melakukan ketaatan.” (Majmu' alFatawa: 10/580)


Kata Ibn alQayyim RH: “Seorang wanita meninggal dunia disebabkan taun. Pada malam hari bapanya bermimpi melihatnya di dalam tidur, lalu bertanya: “Wahai anakku ceritakan kepadaku tentang akhirat.” Jawab sianak: “Sesungguhnya kami telah sampai ke satu perkara yang amat besar. Sebelum ini kami tahu tentangnya tetapi kami tidak beramal. Demi Allah, sungguh sekali tasbih atau satu rakaat yang terdapat di buku catatan amalanku, lebih aku sukai berbanding dunia dan segala isinya.”

Wallahu a'lam

Luasnya Keampunan Allah SWT

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda berdasarkan apa yang baginda hikayatkan dari Allah Azza wa jalla:


أَذْنَبَ عَبْدٌ ذَنْبًا فَقَالَ: اللهمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: عَبْدِي أَذْنَبَ ذَنْبًا فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ. ثُمَّ عَادَ فَأَذْنَبَ، فَقَالَ: أَيْ رَبِّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي. فَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: أَذْنَبَ عَبْدِي ذَنْبًا، فَعَلِمَ أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِالذَّنْبِ، اعْمَلْ مَا شِئْتَ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ

Maksudnya: “Seorang hamba melakukan doa, lalu dia berkata: “Ya Allah ampunkanlah dosaku.” Lalu Allah yang Maha berkat berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa.” Setelah itu hamba tadi mengulangi dan berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: “Wahai tuhan, ampunkan dosaku.” Lalu Allah yang Maha berkat berfirman: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa.” Setelah itu hamba tadi mengulangi dan berdosa sekali lagi. Lalu dia berkata: “Wahai tuhan, ampunkan dosaku.” Lalu Allah berfirman lagi: “HambaKu telah melakukan dosa. Dia mengetahui bahawa dia memiliki tuhan yang mahu mengampunkan dosa, dan boleh mengenakan hukuman terhadap dosa. Lakukanlah apa yang kamu kehendaki, sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada kamu .” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain baginda bersabda:

 
إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ، لَا أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ. قَالَ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي، لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan berkata: Demi kemuliaanMu wahai tuhan. Pasti aku akan berterusan memesongkan para hambaMu selama-mana nyawa berada di dalam tubuh badan mereka. Allah berfirman: “Dan demi kemuliaanKu dan keagunganKU, aku akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka jika mereka meminta ampun daripadaku.” (Hadis Sahih riwayat Ahmad 10974)

WA

Wallahu a'lam

Besarnya Nilai Silaturrahim

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: 


تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ، فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِالله شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا

Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga pada hari isnin dan khamis. Lalu diberi keampunan kepada setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain, melainkan seorang lelaki yang ada permusuhan diantara dia dengan saudaranya. Lalu dikatakan: “Lihatlah kepada 2 orang ini sehinggalah mereka berdua berbaik semula. Lihatlah kepada 2 orang ini sehingga mereka berbaik semula. Lihatlah kepada 2 orang ini sehingga mereka berbaik semula.” (HR Muslim)

Wallahu a'lam