Ada Hadis Sahih Namun Tidak Diamalkan

Soalan:

Ada beberapa hadis Sahih, namun berlaku ijmak dalam kalangan ulama tidak beramal dgnnya. Hal ini seperti mana yang disebut oleh alImam alTirmizi RH:

"Seluruh hadis yg ada di dlm kitab ini (Jami' alTirnizi) diamalkan, (atau) dipegang oleh sebahagian Ahl al'Ilmi (ulama) melainkan dua hadis: (iaitulah) hadis Ibn 'Abbas:

أن النبي صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر بالمدينة والمغرب والعشاء من غير خوف ولا سقم

Maksudnya: "Bahawa Nabi SAW menjama'kan antara Zohor dan 'Asar di Madinah, demikian juga Maghrib dan 'Isya' tanpa ada ketakutan (peperangan) dan tanpa sakit." (Hadis ini disepakati kesahihannya oleh alBukhari & Muslim melainkan bermula lafaz ...من غير)

Demikian juga hadis Nabi SAW yg bersabda:

إذا شرب الخمر فاجلدوه، فإن عاد في الرابعة فاقتلوه

Maksudnya: "Apabila seseorg meminum khamar, maka jatuhkan hukuman sebat ke atasnya, jika dia mengulangi (minum juga) pd kali yg keempat, maka jatuhkanlah hukuman bunuh ke atasnya."

Telah daku jelaskan illah (kecacatan) dua hadis ini di dlm kitab ini." Kecacatan yg dimaksudkan oleh alTirmizi di sini ialah alasan yg dijadikan dalil kedua2 hadis ini telah dimansukhkan bukan beliau maksudkan kelemahan isnad (Syarh 'Ilal alTirmizi oleh Ibn Rajab, halaman: 4-8)

Setelah itu Ibn Rajab menambah lagi 21 hadis yg sahih namun sepakat ulama tidak mengamalkannya.

WA

Wallahu a'lam

Pengikut Kebenaran

Kata ‘Umar bin Abd al-‘Aziz: "Jangan kamu jadi dari kalangan orang yang mengikut kebenaran jika kebenaran itu menepati kehendakmu dan kamu menyalahi kebenaran apabila ia menyalahi kehendak nafsumu. Jika demikian keadaanmu, maka kamu tidak akan diberi pahala di atas mengikut kebenaran, sebaliknya kamu tetap dihukum atas menyalahi kebenaran."

Kerana itu, termasuk dari doa al-Imam Ahmad di dalam sujud beliau ialah:

“Ya Allah sesiapa dari kalangan umat ini yang tidak berada di atas kebenaran, sedangkan dia menyangka yang dia di atas kebenaran, maka engkau kembalikanlah dia semula kepada kebenaran semoga dia termasuk dari kalangan ahli kebenaran" nukilan al-Syeikh Ihsan al- ‘Utaibi

Wallahu a'lam

Syaitan Juga Yang Diikuti Manusia

Tahukah anda... Seruan "Ya Adam (wahai Adam)" di dalam al-Quran disebut sebanyak lima kali. Empat kali seruan dari Allah Yang Maha Agung. Manakala hanya sekali seruan dari Iblis yang terlaknat, iaitulah dalam surah Toha ayat 120. Namun demikianlah manusia... Seruan yang sekali itulah yang seringkali diturutinya.....

Kalaulah bukan rahmat Allah kepada manusia, sudah tentu kita semua akan menjadi pak turut kepada syaitan.... Ya Allah ampunilah dan rahmatilah kami.....

Wallahu a'lam